Wednesday, March 14, 2012

Tentang Hidup

Masih ada kah Bumi yg langsung tiada org yg akan cakap pasal kita. kalau masih ada, sy mau pergi tempat tu. tentu  hidup aman dan tenang. mulut manusia memang mcm tu. mereka akan sentiasa peka tentang kesilapan atau kekurangan kita. Lebih baik kita hidup hanya bertemankan diri kita sendiri sj. kerana dgn itu  kita akan jauh dr mengata tentang org. Dan lebih baik kita hidup tanpa siapa2 di sisi supaya tiada org kenal kita. bila tiada org kenal kita maka tiada org yg akan mengata tentang kita.

Kita tdk payah takut seandainya kita tdk ada kawan dan teman hidup. Sebab bila kita  mati nanti, kita akan pergi seorg diri tanpa di temani oleh siapa2. hidup di sana akan kekal drpd hidup di dunia yg bersifat sementara. Kita tdk perlu takut kalau kita tdk punya  harta yg banyk kerna bila kita mati nanti, kita tdk akan bawa walau satu sen pun harta. kita tdk perlu takut kalau kita tdk punya sijil spm atau degree, sebab bila  kita mati nanti malaikat tak akan tanya samada kita ada degree atau tdk. apa yg penting kita bertaubat dan buat amalan yg baik di dunia. kerana hanya amalan sj la yg di hitung di akhirat kelak.

walaupun rasa sunyi tanpa teman hidup, jgn bersedih kerana kita sentiasa di kasihi tuhan. dan kita ada Allah tempat mengadu suka dan duka. sesungguhnya DIA sentiasa melihat keluh kisah kita dan sentiasa mendengar setiap doa hambanya. InshaAllah. Amin....

No comments: