Kaum Adam dan kaum Hawa mempunyai keistimewaan masing masing. mari kita baca di bawah ni dan sama sama la kita renungkan...
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung
oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan
dosa anak lelaki yang belum baligh. (ni agak berat juga kan) fikir fikirkan la wahai kaum lelaki !
3. Dalam Hukum, anak lelaki kena bertanggungjawab
keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya.
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini memang kewajipan seorang suami. isteri tdk wajib bagi nafkah tp boleh membantu suami.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri (save dlm otak ya wahai kaum lelaki)
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin. dan seorang suami mempunyai bnyk benda yg dia perlu tanggung.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung. (ini fakta k).. huhu
PEREMPUAN
1. wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.
2. wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. (tapi kalau pi toilet x payah minta izin)
3. wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak. (lelaki kena hargai wanita)
6. wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak
perlu taat pd isterinya dan taat kepada ibunya. >>>tapi... ada beberapa jenis suami yg tdk perlu ditaati. hanya suami yg taat pada Allah yg wajib di taati!!
7. talak terletak di tgn suami dan bukan isteri. sebab tu la suami mesti mempunyai sifat kesabaran yg tinggi. kalau takat lambat masak nasi pun terlepas cakap nak cerai, bek xpayah kawen. tu la lelaki kena berhati hati dgn ucapan dan perkataan yg keluar dr mulutnya...
8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid
dan nifas yg tak ada pada lelaki. itulah bandingannya dgn seorg
wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
>>>> Haaa.. tu la bezanya lelaki dan perempuan .. jum fikir2kan dan selamat beramal
No comments:
Post a Comment